04 KERTAS MODEL PMR 2

更新时间:2023-08-10 15:25:01 阅读量: 工程科技 文档下载

说明:文章内容仅供预览,部分内容可能不全。下载后的文档,内容与下面显示的完全一致。下载之前请确认下面内容是否您想要的,是否完整无缺。

马来西亚历史参考

KERTAS MODEL PMR 2

1 Petikan di atas adalah berdasarkan pendapat sejarawan tentang maksud sejarah.

Siapakah yang mengemukakan pendapat tersebut?

A Tun Sri Lanang

B Kho Kay Kim

C Muhd Yusof Ibrahim

D Ibn Khaldun

2 Senarai di atas menunjukkan cara sejarawan mengukur dan mencatat sesuatu iaitu

A tarikh

B masa

C rekod

D fakta

3 Maklumatl di atas menunjukkan petempatan awal masyarakat pada zaman

prasejarah. Ia merujuk

A Zaman Paleolitik C Zaman Mesolitik

B Zaman Neolitik D Zaman Logam

4 Apakah tujuan masyarakat agraria membina empangan dan sistem saliran? I Alat perhubungan

II Untuk bercucuk tanam

III Menternak binatang

IV Memburu binatang

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 1

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

5 Pernyataan di atas menunjukkan tindakan yang terpaksa diambil oleh Parameswara

setelah membunuh Temagi. Mengapakah Parameswara bimbangkan

keselamatannya di Temasik?

A Siam sekutu Majapahit

B Siam ingin menuntut bela

C Siam memusuhi Parameswara

D Parameswara dihalau oleh Siam

6 Pelabuhan Melaka dilindungi daripada angin monsun Barat Daya dan monsun Timur

Laut oleh

I Pulau Sumatera III Selat Melaka

II Banjaran Titiwangsa IV bukit di sekitar Melaka

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

7 Senarai di atas menunjukkan jawatan-jawatan dalam sistem pentadbiran pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pentadbiran tersebut dikenali sebagai

A Sistem Pembesar Empat Lipatan

B Sistem Pembesar Berempat

C Sistem Pembesar Berlapan

D Sistem Pembesar Melaka

8 Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Melaka. Nyatakan

peristiwa tersebut.

A Melaka menjadikan Islam sebagai agama rasmi

B Melaka sebagai pusat penyebaran Islam

C Cara kedatangan Islam ke Melaka

D Pengislaman Raja Sri Maharaja

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 2 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

9 Sultan Alauddin Riayat Syah II telah mengasaskan kerajaan Johor di tanah besar

Johor. Bagi menjamin keselamatan ibu negeri Johor, sebuah kota pertahanan telah dibina dan dikenali sebagai

A Kota Kara C Kota Tinggi

B Kubu Kota D Kubu Negeri

10 Bagaimanakah cara Sultan Muhammad I mengelakkan serangan luar dan menjaga

kemerdekaan negeri Kelantan?

A Mendapatkan bantuan Terengganu

B Menjalankan dasar perluasan kuasa

C Membesarkan angkatan tentera Kelantan

D Menjalin hubungan diplomatik dengan Siam

11 Maklumat di atas merujuk kepada sebuah kerajaan Melayu di negara kita. Kerajaan

tersebut ialah

A Kelantan C Pahang

B Kedah D Perak

12 Mengapakah Sultan Ibrahim Shah dari Selangor terpaksa berundur ke hulu Selangor,

Bernam dan seterusnya ke Pahang ?

A Baginda diserang oleh Belanda di Kuala Selangor

B Cubaan menggulingkan baginda daripada takhta

C Baginda menghadapi ancaman golongan penentang

D Keengganan baginda menandatangani perjanjian dengan Belanda

13 Menurut Sejarah Melayu dan Salasilah Perak, kerajaan Perak diasaskan pada tahun 1528 dan wujud hingga sekarang. Siapakah pengasas kerajaan tersebut?

A Sultan Alauddin Riayat Syah

B Sultan Muzaffar Syah

C Sultan Iskandar Thani

D Sultan Iskandar Muda

14 Perbilangan adat di atas dipetik daripada perbilangan adat Minangkabau. Apakah

kesimpulan yang dapat kita buat daripada perbilangan tersebut?

A Sistem politik Adat Perpatih bercorak autokrasi

B Sistem politik Adat Perpatih bercorak demokrasi

C Sistem politik Adat Perpatih bercorak diktator

D Sistem politik Adat Perpatih bercorak birokrasi

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 3

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

15 Maklumat di atas merupakan suatu adat resam masyarakat Melayu. Apakah adat

resam tersebut?

A Merisik C Berinai

B Meminang D Bernikah

16 Tuai Rumah ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan

keselamatan di kawasannya. Tuai rumah juga memainkan peranan penting dalam menetapkan

I tarikh Hari Gawai III tarikh pengkebumian

II perayaan Beranyi IV corak cacah di tangan

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

17 Pernyataan di atas menggambarkan kegiatan ekonomi masyarakat peribumi di

Sarawak. Kumpulan etnik yang dimaksudkan ialah

I Iban III Kayan

II Melanau IV Kenyah

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

18 Tempat di atas merupakan kawasan tumpuan satu kumpulan etnik masyarakat di

Sabah. Kumpulan etnik yang dimaksudkan ialah

A Bisaya C Murut

B Suluk D Bajau

19 Amalan undang-undang di atas memainkan peranan penting dalam kehidupan

masyarakat bumiputera di Sabah. Undang-undang tersebut diamalkan

A untuk menjamin kesejahteraan bermasyarakat

B sebagai sebahagian daripada kepercayaan masyarakat

C sebagai upacara keagamaan masyarakat Kadazandusun

D untuk mengelak daripada ditimpa bencana

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 4

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

20 Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light mengambil Pulau Pinang.

Apakah situasi yang menyebabkan baginda terpaksa berbuat demikian?

A Francis Light telah menggunakan kekerasan

B Francis Light telah menggunakan tipu muslihat

C Francis Light telah menjamin pembangunan pulau itu

D Francis Light telah membuat bayaran yang lebih tinggi

21 Mengapakah pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat berpindah dari Pulau Pinang ke

Singapura?

A Arahan daripada Ratu England

B Arahan Gabenor Jeneral British di India

C Desakan daripada saudagar di Negeri-negeri Selat

D Kedudukannya yang lebih strategik dan menguntungkan

22 Jadual di atas menunjukkan perubahan dasar British daripada dasar tidak campur

tangan kepada dasar campur tangan. Apakah alasan-alasan yang digunakan oleh British untuk melaksanakan dasar campur tangan di Tanah Melayu? I Pergaduhan kongsi gelap

II Kekayaan di Tanah Melayu

III Ancaman lanun di perairan

IV Masalah pergolakan politik di Tanah Melayu

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

23 Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Abdullah

dengan Andrew Clarke, pembesar Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina. Kesan perjanjian tersebut ialah A Perak menerima seorang Penasihat British

B Kuasa Raja-raja Melayu dipertingkatkan

C British memonopoli hasil bijih timah

D Kemasukan buruh imigran ke Perak

24 Perang Kelang yang berlaku pada tahun 1867-1873 di antara Raja Mahadi dengan

Raja Abdullah disebabkan oleh A Raja Mahadi ingin memiliki daerah Kelang.

B Raja Abdullah ingin memiliki daerah Kelang.

C Tengku Kudin mendesak Raja Abdullah menyerang Raja Mahadi.

D Campur tangan kongsi-kongsi gelap merebut kawasan lombong bijih.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 5 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

25 Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian Sulit 6 April 1897 di

antara British dengan Siam? I Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada

mana-mana kuasa

II British mengakui hak ketuanan Siam ke atas negeri-negeri Melayu

III Siam mesti membantu British sekiranya diserang oleh Sultan Kedah

IV British akan membantu Siam jika diserang oleh musuh

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

26 Pada tahun 1846, Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak

yang merdeka dan mempunyai kedaulatan. Mengapakah baginda bertindak

sedemikian?

A Brooke membeli Sarawak daripada baginda

B Brooke menolong baginda menghapuskan pemberontakan di Sarawak

C Brooke mengalahkan baginda dalam serangannya ke atas Brunei

D Brooke membantu baginda menghapuskan kegiatan lanun di Brunei

27 Maklumat di atas merujuk kepada Torrey yang diberikan konsesi di negeri Sabah

untuk mengusahakan tanaman tebu dan kopi. Apakah tindakan yang diambil oleh Torrey apabila gagal mengusahakan tanaman tebu dan kopi di Kimanis?

A Meletakkan jawatan sebagai pengerusi

B Menjual haknya kepada Baron Von Overbeck

C Meminta bantuan kerajaan British menanam modal

D Mendesak Sultan Sulu menyerahkan Sabah kepada British

28 Pernyataan di atas menunjukkan tindakan Sultan Ahmad Tajuddin cuba menentang

penguasaan Siam ke atas Kedah. Apakah tindakan Siam apabila mengetahui rancangan Sultan Ahmad Tajuddin?

A Memaksa Kedah membayar ufti

B Menangkap Sultan Ahmad Tajuddin

C Memutuskan hubungan diplomatik dengan Kedah

D Mengarahkan pasukan tenteranya mengepung Kedah

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 6

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

29 Pernyataan di atas menunjukkan perkembangan gerakan pemulihan Islam di Mesir

yang turut memberi kesan kepada perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Siapakah yang telah mempelopori Gerakan Pemulihan ini?

I Syed Sheikh Al-Hadi III Jamaluddin al-Afghani

II Sheikh Tahir Jalaluddin IV Sheikh Muhammad Abduh

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

30 Apakah tindakan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat ke atas Jepun kerana

enggan berundur dari China ?

A Mengenakan sekatan ekonomi

B Menyerang petempatan Jepun di Vietnam

C Menggugurkan bom atom di Hiroshima

D Melancarkan Anti Fascist People’s Freedom League

31 Pada 10 Disember 1941, pasukan berani Jepun telah berjaya menenggelamkan dua

buah kapal perang British iaitu

I H.M.S Dido III Repulse

II Prince of Wales IV Nemesis

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

32 Semasa pemerintahan Jepun, Jepun telah memperkenalkan ekonomi kawalan.

Apakah langkah yang diambil untuk menjayakan ekonomi kawalan ini? I Memperkenalkan mata wang Jepun

II Memperkenalkan ekonomi sara diri

III Catuan bekalan makanan

IV Mengimport makanan dari luar

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

33 Pertubuhan dalam senarai di atas muncul pada zaman pemerintahan Jepun di

Tanah Melayu. Apakah persamaan yang terdapat di antara ketiga-tiga pertubuhan tersebut?

A Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British menentang Jepun

B Bekerjasama dengan Jepun menentang penjajahan British

C Memperjuangkan pembebasan Tanah Melayu dari British

D Menentang pendudukan Jepun di negara kita

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 7

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

34 Dalam perlembagaan Malayan Union, Raja-raja Melayu telah kehilangan kuasa.

Apakah buktinya?

A Raja-raja terpaksa menandatangani surat penyerahan kuasa

B Raja-raja tidak diperlukan untuk menggubal perlembagaan negeri

C Bidang kuasa raja-raja meliputi bidang agama Islam dan adat resam

D Raja-raja tidak mempunyai kuasa untuk melantik ahli Majlis Perundangan

35 Pentadbiran Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu

mendorong gerakan nasionalisme mencapai kemuncaknya kerana

I dianggap cuba menjajah Tanah Melayu.

II dianggap sebagai pemusnah kedaulatan Tanah Melayu.

III menggunakan ugutan dan paksaan terhadap raja-raja.

IV dianggap cuba menghapuskan ketuanan orang Melayu.

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

36 Beberapa akhbar Melayu telah memainkan peranan yang penting ketika British

mencadangkan pelaksanaan Malayan Union. Apakah peranan tersebut? A Mendesak orang Melayu mengadakan rapat umum

B Mendesak orang Melayu bersatu menentang Malayan Union

C Mendesak orang Melayu memulaukan pengisytiharan Malayan Union

D Mendesak orang Melayu bergabung dengan Indonesia menentang British

37 Pihak penjajah British telah bertindak berunding dengan orang Melayu untuk

menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu kerana A memenuhi dasar neokolonialisme British.

B desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

C desakan daripada pemimpin radikal Melayu dan orang dagang.

D bimbang orang Melayu akan menyokong Parti Komunis Malaya.

38 Ejen-ejen komunis telah menyebarkan dakyah komunisme di kalangan orang Cina di

Tanah Melayu melalui

I kesatuan sekerja.

II kelas-kelas malam.

III persatuan peniaga Cina.

IV penerbitan surat khabar Cina

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

39 Apakah peristiwa yang menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent

mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948?

A Mogok besar yang berlaku di Batu Arang Selangor

B Pengganas memusnahkan sebuah ladang di Sitiawan Perak.

C Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput

D Pengganas merosakkan landasan kereta api dan membakar balai polis

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 8 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

40 Maklumat di atas merujuk aktiviti yang dilakukan semasa negara diisytiharkan

darurat. Aktiviti tersebut dilakukan oleh

A anggota Min Yuen.

B anggota tentera darat.

C anggota Home Guard.

D anggota unit Kempetai.

41 Senarai di atas merupakan tindakan British mewujudkan Kampung Baru bertujuan

untuk membenteras ancaman Parti Komunis Malaya. Selain daripada perkara di atas, Kampung Baru turut dikawal oleh A Home Guard C Pasukan Tentera

B Special Constable D Askar Wataniah

42 Pada tahun 1955, Chin Peng telah menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman

meminta rundingan perdamaian kerana parti tersebut

A gagal dengan taktik kekerasan mereka.

B berminat untuk menyertai kegiatan politik tempatan secara sah.

C ingin meletakkan senjata dan kembali ke pangkuan masyarakat.

D kehilangan ramai ahli yang ditangkap oleh Kerajaan Persekutuan.

43 Tujuan British menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Community

Liaison Committee) ialah untuk

A menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

B memujuk penduduk Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

C mempercepatkan proses kemerdekaan di Tanah Melayu.

D membentuk Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC.

44 Petikan di atas merujuk cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu yang bertujuan

mewujudkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum. Laporan tersebut dikemukakan oleh

A Barnes 1951

C Fenn-Wu 1951

B Razak 1958 D

Ordinan Pelajaran 1952

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 9 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

45 Senarai di atas merujuk kepada Sistem Ahli yang diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. Apakah jawatan X yang disandang oleh Dato E.E.C Thuraisingam? A Ahli Tanah Perlombongan dan Perhubungan

B Ahli Hal Ehwal Luar Negeri

C Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

D Ahli Kesihatan

46 Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli. Apakah

matlamat utama pengenalan Sistem Ahli?

A Melahirkan perpaduan di kalangan rakyat

B Menarik masyarakat tempatan bekerja dengan kerajaan British

C Memberi peluang kepada penduduk tempatan memberikan pendapat

D Melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu

47 Faktor utama kemenangan Parti Perikatan pada tahun 1955 ialah

I kesepakatan menolak pengaruh Parti Komunis Malaya.

II sikap tolak ansur parti-parti politik dalam pembahagian kerusi.

III kesanggupan penduduk tempatan bekerjasama dengan British.

IV rakyat dirayu keluar mengundi dan menyokong Parti Perikatan.

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

48 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka ke London pada tahun

1956. Rombongan tersebut telah berjaya menandatangani Perjanjian London. Apakah kesan utama perjanjian tersebut? A Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri

B Tanah Melayu diterima menjadi ahli Komanwel

C Kuasa Raja-raja Melayu berjaya dipulihkan

D Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

49 Antara isi kandungan Rundingan London yang dipengerusikan oleh Lord Lennox-

Boyd pada Februari 1956 ialah

I menubuhkan satu suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan.

II Parti Perikatan akan mengambil alih perniagaan British.

III mengadakan perjanjian keselamatan dengan negara Komanwel.

IV mengekalkan konsep raja berpelembagaan.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 10 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

50 Kejayaan Perlembagaan Kemerdekaan Tanah Melayu yang digubal oleh

Suruhanjaya Reid disebabkan oleh

A sokongan padu daripada orang Melayu.

B sokongan padu daripada Majlis Raja-raja Melayu.

C semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.

D peranan UMNO menyakinkan orang Melayu tentang hak mereka.

51 Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British?

I Desakan saudagar-saudagar British

II Charles Vyner Brooke telah tua dan uzur

III Masalah kewangan akibat Perang Dunia kedua

IV Tidak menaruh kepercayaan kepada anak saudaranya

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

52 Siapakah yang mengetuai masyarakat Melayu Sarawak menentang penyerahan

Sarawak kepada kerajaan British?

A Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah

B Bujang Suntong

C Morshidi Sidek

D Rosli Dobi

53 Apakah peranan Majlis Tempatan yang diperkenalkan oleh pihak British di Sarawak

pada tahun 1947?

I Membicarakan pesalah-pesalah peribumi

II Menyelesaikan masalah tanah peribumi

III Menguruskan pelajaran rendah.

IV Mengutip cukai kepala

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

.

54 Kedua-dua tokoh dalam senarai di atas pernah dilantik memegang satu jawatan

semasa British memperkenalkan perlembagaan baru pada tahun 1950 di Sabah.

Apakah jawatan yang disandang oleh kedua-dua tokoh tersebut?

A Ahli Majlis Undangan

B Ahli Majlis Kerja

C Ahli Majlis Dewan

D Ordinan Pelajaran 1952

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 11

Sejarah PMR

马来西亚历史参考

55 Keempat-empat tokoh dalam rajah di atas telah bergabung dalam pertubuhan X

yang ditubuhkan pada tahun 1962. Apakah matlamat pertubuhan X?

A Mewujudkan perpaduan rakyat

B Memperjuangkan kemerdekaan

C Menyokong gagasan Malaysia

D Mengambil bahagian dalam pilihan raya

56 Sebab utama penentangan Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari terhadap

gagasan Malaysia ialah

A beliau berhasrat mencantumkan Brunei dengan Indonesia.

B Brunei akan menjadi tanah jajahan Persekutuan Tanah Melayu.

C bimbang akan kehilangan kuasa dalam pentadbiran kerajaan Brunei.

D beliau tidak diajak berunding semasa persidangan gagasan Malaysia.

57 Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang

ditubuhkan pada bulan Julai 1961?

A Memberi penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak

B Menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merdeka

C Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia

D Berunding dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat dengan gagasan Malaysia

58 Suruhanjaya Cobbold telah memainkan peranan mendapatkan pandangan

penduduk Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Rumusan Laporan Suruhanjaya Cobbold ialah I satu pertiga penduduk menyokong gagasan Malaysia.

II satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi.

III satu pertiga menentang pembentukan Malaysia kerana menganggap ia satu

bentuk penjajahan baru.

IV satu pertiga penduduk inginkan Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan

terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

59 Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Apakah

tindakan yang diambil oleh beliau dalam dasar konfrontasinya?

A Melancarkan gerakan memboikot barangan buatan Malaysia

B Memohon bantuan tentera Filipina menentang Malaysia

C Menghantar pasukan tentera menceroboh Malaysia

D Memaksa rakyat Indonesia di Malaysia pulang ke negara mereka

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 12 Sejarah PMR

马来西亚历史参考

60 Petikan di atas menunjukkan ketegangan yang berlaku di antara Malaysia dengan Indonesia. Apakah peristiwa yang mencetuskan penyataan di atas?

A Indonesia menentang pembentukan Persekutuan Malaysia

B Keengganan Malaysia mengiktiraf persidangan MAPHILINDO

C Keengganan Malaysia menyokong tuntutan Indonesia ke atas Irian Barat

D Keengganan Indonesia menyokong Malaysia menentang Parti Komunis Malaya

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 13

Sejarah PMR

本文来源:https://www.bwwdw.com/article/avqj.html

Top